Saturday 29 June 2013

Encik Pilot dan Puan Lecturer


Bab 1.

Takutnya! Nervous yang tak terhingga… Muka takyah cakap lah, pucat habis! Now, on the way nak pergi sekolah dengan mummy. Nak ambil result SPM,goshhh…

“Sufhi,what”s wrong with you? Cuak semacam aje,” soal mummyku prihatin.

“Hm, Suf risau pasal result Suf nanti. Takut tak awesome lah mummy.” balasku sambil buat muka ketakutan.

“Alah, rilekslah. Anak mummykan pandai. No worries. Tak straight pun takpe, bukannya mummy nak baling Sufhi dekat lombong pun.”

Mummy ni, buat lawak pulak. Orang tengah nervous giloh ni. Adoii. “Sufhi, dah sampai. Cepat turun, cikgu dah nak umum keputusan dah tu. Menung pulak dia.”

“Hah, okay okay.”

 Kami jalan bergandingan menuju ke dewan besar.

 


“Pada tahun ini, sekolah kita telah berjaya memperoleh tempat pertama di antara semua sekolah di Putrajaya. 50 peratus dari 150 orang pelajar yang menduduki peperiksaan SPM telah mendapat keputusan yang cemerlang! Tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya.” Ucap pengetua sekolah ini sebelum beliau mengumumkan keputusan.

“Ya Allah, berikanlah aku keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Sesungguhnya, ia bakal memudahkan urusanku dalam menjalani kehidupan di masa hadapan. Tunaikanlah permintaanku ini Ya Allah,” doa Sufhi bersungguh-sungguh didalam hatinya.

 “Baiklah, pelajar pertama yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 12A1 ialah Sharifah Nur Natasha Sufhia binti Syed Shukor! Tahniah ya..”

Alhamdulillah! Aku one of the top students dekat sekolah. Syukur…. Selesai pengumuman, sesi penggambaran dijalankan di pentas dewan.

“Suf!” Eh, ada orang panggil. Aku pusing belakang, oh. Saira rupanya.

Saira, ataupun nama penuhnya Nik Nur Fairuz Qeesaira ni bestie aku dari sekolah rendah lagi. Dia mula-mula sekolah dekat Gombak, lepastu pindah Putrajaya. Family dia baik sangat, langsung tak show off sedangkan papa Saira is a great lawyer dan mama Saira pula is an architect. Saira tiada siblings, single-daughter. Even so, dia tak manja dan senang bawa diri. Macam orang cakap, campak dekat mana-mana pun survive. Seriously, orang yang dapat dia tu bertuah sangat. Wah, melambung aku puji kau Saira!

“Saira! Tahniah! Kau pun dapat straight A”s kan. Alhamdulillah.” sapaku sebaik sahaja Saira tiba.

“Eh, kau lagi pandai. Result kita sama tapi kau punya point lagi fantastic dari aku tau. Takpe, rezeki kita kan Suf.” ujar Saira membalas.

 “Right. So, papa kau hadiahkan apa untuk kau?”

“Hm, papa aku bagi…. holiday ke Swiss untuk 2 weeks!” ujar Saira dengan nada teruja.

 “Wow, seriously? Untungnya kau! Souvenirs eh, macam biasalah kan.” ujarku bercanda.

 “Right then, aku nak balik dululah, sebelum aku pergi Swiss nanti. Ada kenduri sikit untuk kejayaan kita ni, so you are my guest of honor okey! Datang tau Suf.”

“Oh, inshaaAllah. Kalau takde hal lain lah ya.” ujarku membalas ajakannya.

“That”s my girl, okey lah. I better get going. Bye Suf!”

 “Ok, bye Saira!” lalu Saira berlari menuju ke Q7 papanya.

“Sufhi, tahniah ya.” Tiba-tiba, papa muncul dengan ucapan tahniah lalu menghadiahkan aku sejambak bunga.

“Oh, thanks papa! Ni pun untuk papa dengan mummy jugak. A recognition for raising me for these 18 years.”

“Hm macamtu ke, ok. Recognition accepted.” jawab papa sambil tersenyum gembira.

“Abang, Sufhi, jom. Mummy dah call Aunty Ima tadi, dia tunggu dekat Cruise.” “Oh, ok. Jom pa.” pelawaku lalu kami bertiga menaiki BMW X6 yang dipandu papa.

 


Dari jauh, kelihatan Tasik Putrajaya yang tenang dan mendamaikan. Papa memarkir kereta di tempat letak kereta yang disediakan di tepi jeti. “Ok, kita dah sampai. Jom turun, kita cari family aunty Ima.” kata papa lalu menuju ke jeti.

 “Lama tak jumpa awak Naem, sihat? Sufhi sihat? soal Aunty Ima sebaik sahaja kami berjumpa.

“Alhamdulillah…” jawab kami serentak.

 “Eh Ima, mana Rahim, Aiman dengan Ash?” Tanya papa apabila Uncle Rahim tidak kelihatan disitu.

“Diorang dah ada dekat dalam bot. Jom, kita lunch sekali.” ajak Aunty Ima lalu berjalan bersama mummy memasuki bot.

Selesai makan, kami bersiar-siar di sekitar tasik dengan menaiki bot mewah yang disewa oleh Aunty Ima tadi. Indah sungguh meskipun cuaca agak panas kerana baru memasuki jam 2. Kami pulang selepas berjemaah Zohor di Masjid Putrajaya yang tersergam indah.

“Sufhi nak hadiah apa?” soal papa ketika kami menaiki kereta.

 “Hadiah? Untuk apa papa?”

“Hadiah untuk 12A1 tulah. Takkan taknak apa-apa kot….” kata papa sambil menghidupkan enjin kereta.

“Oh, tak perlu hadiah. Suf buat semua ni ikhlas untuk membalas jasa papa dengan mummy. So, takpelah.” jawabku sopan.

 “Ok, kalau macamtu takpelah. Kita singgah office papa kejap ya, ada hal sikit.”

“Oh, ok.” balasku sambil ralit menggunakan Note II ku.

 


“Sufhi, jom ikut papa kejap sayang. Ada something nak tunjuk ni.” kata papa lalu membawa aku ke tempat pameran kereta di bawah pejabatnya.

“Ok, now Sufhi nampak tak that silver 4-door Panamera?” Papa menunjukkan sebuah kereta mewah igauan ramai itu.

 “Yup, Suf nampak. Cantik. Why pa? New arrival ke?” soalku bingung. Apahal papa tunjuk Porsche tu dekat aku? Oops, wait……

“That”s for you, Sufhi. Papa tempah sebab dekat sini takde. So, khas untuk Sufhi.” jawab papa lalu membuat aku rasa nak terbang.

 Seriously, aku ada Panamera sekarang? Wow….. Excited gilaaa!

“Papa, thank you thank you thank you sooooooo much for this baby.” kataku sambil tersenyum senang.

“Anything for you, so nah kunci. Drive balik rumah. Elok-elok ya, papa tunggu kat rumah ok sweetie.”

Papa menghulurkan kunci lalu berlalu ke X6nya di depan. Dengan penuh debaran aku start enjinnya lalu memandunya pulang dengan penuh berhati-hati. Ok, penuh lah timeline Instagram aku kejap lagi dengan gambar baby baru ni!