Saturday 28 September 2013

Encik Pilot dan Puan Lecturer 2

Hey its the second chapter folks. Enjoy!

Bab 2.

Sebaik sahaja tiba dirumah, aku memarkirkan Panameraku di sebelah X6 papa. “Wow, sepadanlah.” Fikirku sambil ketawa.

“Gelak apa Sufhi? Suka sangat ye dapat kereta baru. Tahniah sayang, tu hadiah dari papa. Dari mummy, tunggu malam nanti eh.” tegur mummy mengejutkan ku dari tawaku tadi.

“Lah, ada lagi ke? Takpelah mummy, simpan ajelah hadiah tu eh. Mummy guna sendiri aje, Suf dah cukup everything dah ni.”

“Eh, no no. Mummy nak bagi jugak. Dah, masuk mandi. Then, turun minum petang eh. Kita gather satu family.” arah mummy.

“Yes, mummy. Roger and out.” usikku sambil membuat gaya tabik hormat.

 Mummy hanya menggelengkan kepala. Ishishish budak ini…

 


“Mummy, papa! Suf dah wangi dah ni.. Kan……” sapaku pada mummy dan papa.

 “Ya anak papa memang wangi sangat,” kata papa sambil membaca surat khabar.

 “Sufhi, duduk kat sebelah mummy ni,” panggil mummy lalu menepuk ruang kosong di sofa sebelahnya.

“Oh,ok.”

 “Cita-cita Sufhi apa?”

“Hm, Suf ingat nak jadi someone yang ada relation dengan teaching, like cikgu ke, lecturer ke, something like that. Why mummy?” jawabku.

 “Teaching? Hm, papa ok je dengan apa yang Sufhi pilih. As long as Sufhi study betulbetul. So, nak yang government punya U ke private U? ujar Syed Shukor

“Papa, seriously Suf tak fikir lagi semua ni sebab Suf ingat nak rest dulu lepas SPM. Papa faham kan?”

 “Mummy faham, tapi mummy nak Sufhi study. Mummy taknak Sufhi bazir masa macam tu je. Okey sweetie?”

 “If that”s what mummy nak, then Suf takde choice lah.”

See? That”s my mummy, dictator betul. Datuk Syed Shukor merupakan seorang pengarah sebuah syarikat pengeluaran kereta mewah. Hm, that”s why lah tadi Sufhi boleh dapat Porsche Panamera macam tu je. Handphone pun, ala setakat Note II takde hal punya la. Mummynya, Dr. Datin Sharifah Naemah pulak heart specialist di IJN. Jauh tu, berulang dari Putrajaya ke KL. Bila ada orang tanya, why sanggup drive jauh-jauh sendiri, tanpa driver, jawapan dia is “Anything for the family. Naem ada single daughter je. I”ll sacrifice anything for her and Shukor.” That”s what she said.

 


“Sufhia, turun kejap.”

 “Coming!” laungku dari bilik.

 “Yes? Ada apa mummy?”

 “Nah.” jawab mummy sambil menghulurkan tiket pelancongan ke Paris.

“Paris? Serious mummy?” soalku dengan muka tak percaya.

 “Yup, serious. And the flight is lusa. So, esok ikut mummy pergi mall. Kita shopping sikit sebelum pergi okey sweetheart?”

 “Wow mummy. Seronoknya! Tak sabar! Siapa lagi yang ikut?” soalku lagi.

 “Kita ajelah, papa, mummy dengan Sufhi. Family vacation sempena kejayaan Sufhi. Kita akan berada di Paris for 2 weeks. So, Sufhi pergi naik then pack apa Sufhi nak bawa. Kalau tak cukup, bagitau mummy okey.

“Hm, Suf naik dulu mummy.” ucapku lalu beredar ke bilikku dengan perasaan teruja. Yelah, siapa tak teruja nak pergi Paris kan.

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Hey guys, its second post! Haha. Lyss baru aje buat blog ni. Just found it, tempat nak berhujah tentang everything yang dah lama tau and yang baru tau. Maksud Lyss, hujah tu sharing. But with more explanation about the subject. Woh, lebih-lebih pulak speaking. Takpe, melakukan kesalahan tu kan salah satu proses pembelajaran jugak. Kita saling membantu, andai ada pembaca (kalau ada orang lah yang nak visit blog Lyss ni) yang mempunyai kelebihan dalam English, kita share kan. Wah, sekali macam wakil rakyat dah.

Right, let's start with a little intro about me. Lyss, Girl, Malaysia. Cukup kan?  Haha, bukan nak hide tapi revealing myself is not a great idea. It's ok, Lyss rasa tu tak halang dari Lyss nak pokpek dekat sini kan. And, I'm not working yet. I will, but not now. Maybe dalam beberapa tahun lagi, Lyss akan bergelar seorang wanita yang bekerjaya, seorang isteri yang solehah dan seorang ibu yang menjadi teladan terbaik buat zuriat yang bakal dilahirkan nanti. InshaaAllah.

Love? Ada terfikir jugak. In progress ;) Actually, no time for that. There is, tapi terlalu busy dengan hal-hal dunia yang bakal menjamin kehidupan Lyss in future. Also busy dalam cuba menjadi seorang perempuan yang layak digelar perempuan. Sorry, tiba-tiba rasa nak berdebat pulak. Takpe, cerita tu nanti dekat entry lain lah.

Encik Pilot dan Puan Lecturer? Writing it for fun. Ada sedikit harapan agar ia dapat diterbitkan but as I said, it's just for fun. EPPL is my hope. Hoping so that suatu hari nanti akan ada one right guy that'll do things such as the scenes of  love stories. Like, propose his princess in the middle of a heavy rain, save the princess from a tower and more. Tales, created for young girls so that they'll live with hope yang dalam kehidupan kita ni adanya happy ending.

Wow, better stop sebelum tulis pasal happy ending pulak. Haha, till then.

Lyss.